Saturday, 15 December 2012

~ Peluang Kedua ~


Perlukah peluang kedua dalam perhubungan? Tidak kira bagi pasangan bercinta atau suami isteri, perlukah diberi peluang kedua setelah anda ditinggalkan tidak kira atas apa sebab sekalipun? Perlukah dilayan dan diberi peluang pada pujuk rayu si dia untuk kembali bersama @ rujuk?
Anda ditinggalkan oleh pasangan anda. Mungkin kerana orang ketiga. Tup tup tup si dia tiba-tiba menghubungi anda dan pujuk rayu anda untuk kembali padanya. Tidak kisahlah anda pada waktu itu dah ada pengganti atau belum. Apa tindakan anda? Ada ke peluang kedua untuk orang macam ni? Waktu taknak senang-senang buang anda dari hidup dia, bila luka kat hati agak-agak dah nak sembuh, dia datang lagi.. Amboi banyak cantik!!! Kalau saya, maaf tiada peluang kedua untukmu sayang!!! Apa respon anda? Terima kerana hati masih sayang @ belum ada pengganti atau reject walaupun masih ada perasaan padanya? 

note: Kepada yang bergelar pasangan kepada seseorang, hargailah pasangan anda sebaiknya kerana peluang kedua belum tentu ada!

^..^

No comments:

Post a Comment