Saturday, 15 December 2012

~ Peluang Kedua ~


Perlukah peluang kedua dalam perhubungan? Tidak kira bagi pasangan bercinta atau suami isteri, perlukah diberi peluang kedua setelah anda ditinggalkan tidak kira atas apa sebab sekalipun? Perlukah dilayan dan diberi peluang pada pujuk rayu si dia untuk kembali bersama @ rujuk?
Anda ditinggalkan oleh pasangan anda. Mungkin kerana orang ketiga. Tup tup tup si dia tiba-tiba menghubungi anda dan pujuk rayu anda untuk kembali padanya. Tidak kisahlah anda pada waktu itu dah ada pengganti atau belum. Apa tindakan anda? Ada ke peluang kedua untuk orang macam ni? Waktu taknak senang-senang buang anda dari hidup dia, bila luka kat hati agak-agak dah nak sembuh, dia datang lagi.. Amboi banyak cantik!!! Kalau saya, maaf tiada peluang kedua untukmu sayang!!! Apa respon anda? Terima kerana hati masih sayang @ belum ada pengganti atau reject walaupun masih ada perasaan padanya? 

note: Kepada yang bergelar pasangan kepada seseorang, hargailah pasangan anda sebaiknya kerana peluang kedua belum tentu ada!

^..^

~ Lepaskan Kerana Terpaksa ~



Kalau kita sayang kat seseorang itu, kita lepaskan dia dan kalau dia datang kembali pada kita itu bermakna memang sudah jodoh...Tapi..kadang-kadang, ada juga pasangan yang melepaskan pasangannya tanpa sebab yang kukuh...kenapa agaknya ya?

"Saya lepaskan awak sebab saya nak awak dapat yang lebih baik daripada saya...
saya nak awak bahagia. Saya tak mampu membahagiakan awak. Saya tak nak membebankan awak. Saya tak mampu membuat awak sentiasa tersenyum. Sebab itu saya lepaskan awak pergi"

Macam situasi kat atas tu...
Melepaskan seseorang demi kebahagiaannya...

note : Melepaskan seseorang yang kita sayang lebih baik daripada mengikatnya jika kita tahu kita tak mampu menjadi yang terbaik padanya...untuk itu, lepaskanlah dan rungkaikanlah segala ikatan...
^..^

Friday, 14 December 2012

~ Satu Permulaan ~


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum..

Antara permulaan dan pengakhiran itu ada jalan yang perlu kita lalui. Perjalanan itulah yang perlu kita urus dan jaga. Permulaan yang baik memandu kita untuk berada di atas jalan yang baik. Apabila kita berada di atas jalan yang benar dan baik, pasti kita akan sentiasa mengharap dan menuju kepada pengakhiran yang baik. Kita tahu, permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang baik. Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. 

^..^